Manual Blog


Ramai kawan dan teman bertanyakan saya bagaimana membina blog di blogspot.com.
Di sini saya sediakan secara ringkas....
Membina sebuah blog adalah sangat mirip dengan membuat sebuah website. Anda hanya perlu menyedari beberapa perkara semasa membuat sebuah blog.

Di sini, saya akan menjelaskan bagaimana untuk membuat blog. Untuk membina blog, terdapat 3 langkah asas yang perlu anda lakukan

Taip: http://www.blogger.com
 
Seterusnya klik pada 'button' 'CREATE A BlOG'


Langkah Pertama
-Sila penuhkan form yang dipaparkan.
-Gunakan akaun gmail (email gmail)
-Masukkan katalaluan


Seterusnya masih lagi dalam langkah pertama.
-masukkan 'Word Verification' dengan tepat.
-'Tick" di dalam kotak yang disediakan bagi menyatakan kesediaan blogger dengan syarat dan terma yang disediakan.
-Klik pada 'button' CONTINUE.


Langkah ke2
-Sila masukkan tajuk blog anda.
-Masukkan alamat blog anda. Selepas dimasukkan alamat blog anda ini, sila klik pada 'Check Availability' bagi memastikan alamat blog yang anda pilih itu masih belum dimiliki oleh mana-mana blogger lain. Sekiranya sudah dimiliki, sila masukkan alamat yang baru.
-Klik pada 'button' CONTINUE. 



Langkah ke3
-Pilih template permulaan (starter template anda. Untuk template yang lebih cantik, anda perlu downloadnya yang akan diceritakan nanti.
-Klik pada 'button' CONTINUE.




Dan, Tadaaaaaaaaa.... blog anda sudah siap... hepi blogging...